Ali ibn Ridhwan
Ali ibn Ridhwan

Ali ibn Ridhwan

Abu'l Hasan Ali ibn Ridwan Al-Misri (c. 988 - c. 1061) ialah seorang ahli perubatan, ahli nujum dan ahli falak Muslim Mesir kelahiran Giza.Beliau adalah pengulas perubatan Yunani purba, dan khususnya Galen; ulasan beliau terhadap karya Galen, Ars Parva diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona. Bagaimana pun, beliau lebih dikenali kerana memberikan gambaran paling terperinci tentang supernova yang kini dikenali sebagai SN 1006, peristiwa bintang yang paling cerah dalam sejarah, yang dicerap beliau pada tahun 1006.[1] Ini tertulis dalam satu ulasan terhadap karya Ptolemy yang berjudul Tetrabiblos.Beliau kemudiannya disebut oleh penulis-penulis Eropah sebagai Haly, atau Haly Abenrudian. Menurut Alistair Cameron Crombie[2], beliau juga menyumbang teori induksi. Beliau terbabit dalam polemik terkenal dengan seorang lagi ahli perubatan, Ibn Butlan dari Baghdad.[3]

Rujukan

WikiPedia: Ali ibn Ridhwan http://www.levity.com/alchemy/islam17.html http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200604/the.s... http://www.ruhr-uni-bochum.de/healthliteracy/hl-cl... http://digitalcommons.libraries.columbia.edu/disse... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://cura.free.fr/xxv/23hold1.html http://celestialdelights.info/pub/SN1006_2.htm http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070319871 http://web.archive.org/web/20061009164842/http://c...